Resepi Ketupat Sotong Kelantan Step by Step

Resepi Ketupat Sotong Kelantan Step by Step | Kalau orang kelantan mesti kenal dan mesti selalu rasa makanan ni. Ketupat sotong boleh dikatakan di negeri kelantan antara makanan yang wajib anda rasa dan wajib anda cuba. Kali ni admin kongsikan resepi ketupat sotong yang menjadi kegemaran rakyat kelantan. Anda tidak perlu bersusah payah lagi mencarinya di negeri kelantan sahaja, boleh masak dekat rumah. Jom baca dan buat.


Bahan bahan:

Beras pulut secukupnya - basuh dan rendam sekejap
8 ekor sotong - asingkan kepala dan badan
Santan
1 ketul gula melaka - potong kecil
1 sudu gula pasir
Secubit garam
Daun pandan

Cara cara:

Rendam beras pulut sekejap bersama santan dan sedikit garam. Tapi saya hanya rendam dengan air dan garam jer.



Masukkan beras pulut ke dalam sotong yang telah dibuang kepala dan dicuci bersih.
Masukkan kepala sotong ke dalam badannya dan tekankan sedikit. Kemudian dicucuk dengan lidi bagi mengemaskannya.



Susun dalam periuk bersama daun pandan. Tuangkan santan dan sedikit garam. Masak sehingga pulut masak, baru dimasukkan gula melaka. Masak sehingga agak pecah minyak.



Siap untuk dihidangkan. Sendukkan ketupat sotong bersama sedikit kuah di dalam pinggan. Selamat menjamu selera.



Jika anda rasa bermanfaat anda boleh share dan komen, jika anda ingin kongsi resepi dengan kami boleh emailkan ke pisangpotong@gmail.com.

Comments